Returns ♔


About This Blog


Hello! Blogwalking? Don't forget to stalk me. The crown button is about me, the star button is random and the frogboy is my friends. Tyou.
Bold, underlined, italic, strike

Pick One

1 2 3 4
1) Archive
2) Banner
3) Contact me
4) Ask.fm


FULL STORY

Chatting Box

Don't forget to leave a words here! Let's chat too :D

Credits
Thanks to;-

Template by : Yuuki
Basecodes : Yuuki
Stuffs by :
Best view :
Calendar edit by : My Lovely Erin Edited by : Me
Thanks for helping guys! Big thanks to Irene for sure ^_^
Calendar by Irene
2014
sun mon tue wed thu fri sat
1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 16 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31
CC (Cerpen Comel)- Hadiah & Kad Raya untuk Diva Perahsantan
Tuesday, 15 July 2014 | 23:01 | 0 talking
   "Apa? Kau ini biar betul Eyka?" Berkerut dahi Farra mendengar kata-kata Eyka itu. "Apa yang tak betulnya?" Eyka selamba. "Yalah, kau kata kau nak beri si "diva perahsantan" itu kad raya. Hadiah untuk hari raya pun belum tentu dia mahu terima. Macamlah kau tidak kenal dia." Farra meninggikan keningnya kerana hairan. "Sebab itulah kita perlu mencuba." "Cuba apa?" Farra hairan lagi. Berkerut sudah dahinya. "Cuba untuk jadi kawan dialah."

   "Apaaaaaaaa?!" terkejut Farra. Matanya terbeliak mendengar penjelasan rakan karibnya itu. Dia cuba menampar pipinya beberapa kali untuk memastikan, adakah ini mimpi atau realiti. Dia berfikir dalam-dalam. Darjatnya rendah. Terlalu rendah jika dibandingkan dengan Ami, si "diva perahsantan" yang Farra gelarkan tadi. Bagaimana mahu menjadi rakannya? Baru mahu menegur, sudah  menjeling. Macam mana mahu beri hadiah jika sikapnya yang berlagak dan angkuh itu masih kekal. Ingat lagi masa itu. Urgh, bencinya! Sewaktu Ami memalukan Farra. Baju Farra habis kotor, terkena chocolate fondue angkara si angkuh itu, sewaktu majlis hari lahir Ami tahun lepas. Benci pula apabila difikirkan.

   "Farra? Farra?" Eyka membuatkan Farra melatah dan terkejut. "Isy, kau ini!" Farra mencebik. "Yalah. Tak baik termenung. Aku cuma nak 'sedarkan' kau saja." Eyka mengomel. "Yalah yalah!" Farra penat mahu membalas omelan Eyka. Jika dibalas, fuh! Seperti peluru yang ada 1000 das. Tak cukup, tambah lagi. "By the way, kau setuju tidak? Kita 'cuba jadi kawan' Ami itu." Eyka menyambung perbualannya tadi. "Suka hati kaulah. Kalau aku tak setuju, sama sahaja jawapannya." Farra memerli dengan cara yang 'baik.' "Hmph!" Eyka tersentap "Aku masuk bilik dulu ya cik Eyka. Nak ulangkaji pelajaran untuk minggu hadapan. Kau tak nak belajar sekalikah?" Farra tertanya-tanya. "Nantilah." "Okey." Farra terus berlalu.

   Perbualan Farra dan Eyka masih tersemat di ingatan Farra. Gilakah kawan aku? Nak 'cuba jadi kawan' dengan si 'diva gedik perahsantan' itu? Itu yang asyik terkeluar. Tidak dapat dia mengulangkaji pelajaran, kerana asyik memikirkan tentang itu. Sudah lebih 10 minit, Farra masih tidak dapat menumpukan perhatiannya. Kelibat Eyka sudah tidak ada di beranda. Mungkin dia tonton televisyen. Bising sahaja. Biarlah. Isy, aku nak focus pun tak dapat! Boleh jadi gila jika Farra asyik fikir mengenainya. Dia cuba untuk menenangkan hatinya dengan menyanyi. Clap along, if you feel like happiness is the truth.. Because I'm happy.. Argh! Aku tak 'happy' sekarang ini. Lupakan, lupakan! Aku mahu tidur.

---------------

   Farra tergesa-gesa untuk masuk ke kelas. Ditakutinya lewat, tidak sempat meletakkan begnya didalam lokar. "Hey korang! Cuba tengok si Kalut yang tengah tergesa-gesa nak masuk kelas. Tengok I, relaks je." Ami mula mencari fasal. "Farra, tak perlulah 'kalut' sangat ya. Lagipun, cikgu kita tak ada. Dia pergi kursus untuk seminggu. So, tak ada kelaslah. Relaks ya, Kalut." Ami menggedik. Farra bersabar. "Kenapa senyap? Dalam mulut itu ada emaskah? Kesian aku ini, membebel sahaja." Farra senyap lagi. Memang dalam hatinya terdetik mengatakan bahawa Ami ini tidak berhenti bercakap. Macam mak nenek. "Woi, Farra! Aku tengah cakap dengan kau, kan? Jangan sampai aku berkasar." Ami memijak kasut sukan Adidas Farra yang baru dibelinya kelmarin.

  "Kau memang nak hilangkan sabar aku kan, Ami!" Farra mula menaik darah. Eyka di sisinya cuba untuk menenangkannya. "Sabar sahajalah Farra. Dia memang begitu. Jom kita pergi." "Nasib baik kau ada. Kalau tidak, memang sudah aku tepis muka si 'diva perahsantan' yang berlagak itu! Isy, habis kotor kasut aku!" Farra mengomel. Omelannya tidak berhenti. Memang dia tidak suka langsung dengan Ami yang selalu mencari fasal itu. Sikapnya yang seperti 'reporter' membuatkan cikgu-cikgu dan pengetua sekolah naik rimas. Tetapi kerenahnya harus disabar oleh semua kakitangan sekolah. Ini kerana ayahnya seorang Dato' yang memiliki beberapa buah syarikat besar, dan syarikatnya telah dikongsi oleh beberapa menteri. Boleh sahaja ayahnya datang ke sekolah dan buat aduan.

-------------

  Raya hampir tiba. Eyka dan Farra bersiap-siap 'packing' untuk balik ke kampung halaman masing-masing. "Farra. Jom kita pos bungkusan." "Untuk siapa?" Farra melipat baju "WE R YOUNG"nya perlahan-lahan sambil mendengar kata-kata Eyka. "Untuk Ami, lah!" Terkejut Farra. Terus terbaling baju yang baru dilipatnya tadi sambil melatah. Oh memang aku nak balik.  "Isy kau ini! Terkejut aku sahaja. By the way, kau mahu beri bungkusan pula? Mula-mula kad raya. Lepas itu bungkusan? Suka hati. Aku tak kisah." "Betul ini? Lagipun, kan baik kalau kita merapatkan silaturrahim. Tidak kisahlah dia mahu baca ataupun tidak, janji bila dia dapat bungkusan ini dia tidak memutuskan hubungan sesama Islam." Eyka tersengih. "Amboi kau. Macam kerang 'wangi' dah. Bila mahu hantar?" Farra sambung melipat bajunya. "Tengah hari ini?" "Petanglah." "Tengah hari." "Petang!" "Tengah hari!" "Yalah. Kalau aku berdebat dengan kau, sampai esok Subuh pun belum tentu habis." "Yeay! The victory is mine!" Eyka terus berlalu untuk ke ruang tamu.

------------

    Sesudah mengepos bungkusan untuk Ami, mereka pun balik. "Gembira kau?" Farra senyum sinis. "Gembira gembira." Peliklah. Kenapa Eyka tiba-tiba jadi begini. Lantaklah. Nanti jadi gila aku, macam hari itu. Farra segera ke biliknya.

----------

   Sedang Ami duduk di buaian di halaman rumahnya, tiba-tiba ada satu suara menegur. "Cik Ami, ada bungkusan untuk cik." Kata salah seorang pengawal di rumah Ami. "Give it to me." Ami mengambilnya dengan angkuh. "Huh? Bungkusan untuk "diva perahsantan"? Daripada 'F' dan 'E'? Oh ya! Pasti ini daripada dua budak mereng itu. Buka sahajalah." Dia membuka bungkusan berbentuk segiempat sama yang kecil itu. Didalamnya ada satu kad raya, dan ada satu kotak yang disampul dengan pembalut hadiah berbentuk 'Eiffel Tower'. Segeranya dia membuka kotak tersebut. Ada satu kotak kecil yang berisi seutas rantai silver yang tertulis 'Ami' dan sekeping kad. Ami merenung isi bungkusan tersebut. "Takkanlah mereka mampu beli dan berikan aku rantai yang cantik ini?" Ami mengomel sendirian.

   Ami meletakkan kotak kecil tersebut di buaiannya dan memegang kad itu. "Apalah isi kad ini ya? Takut-takut ada ugutan ke, apa ke. Baca sahajalah!" dengan cepatnya Ami membuka kad tersebut. Didalamnya ada tertulis;
  Naik sahaja darah Ami membaca 'perenggan' pertama dalam kad itu. Waalaikumusalam. But, "diva perahsantan?" Memang kurang dididik punya Farra! Nasib baik bulan puasa. Isy! Ami sambung membaca. 




    Dengan tekun sekali Ami membaca kad raya itu. Kata terakhir didalam kad raya itu adalah, "Ami, jangan lupa beri reaksi ya naik sekolah nanti mengenai kad ini sekiranya kau dah baca kad ini. Salam maaf dari, F.E.


SELEPAS RAYA.. (DI SEKOLAH)

    Ami terjenguk-jenguk macam leher zirafah. Dia mencari Farra dan Eyka. "Mana dua 'ekor' budak ni? Isy. Tak muncul-muncul pun. 'Sekor' je yang datang pun jadilah. 

---------------------

     Tiba-tiba seseorang menyapanya dari belakang, "Dah dapat belum 'benda' tu? Ke kau buang 'benda' tu dalam tong sampah mahal kau?" Peh! Memang cukup pedas ayat itu. Memang menyindir dirinya! Dia memang selalu riak dengan tong sampah silver yang dia kata ayahnya baru beli dari London minggu lepas. Memang kelakar. Tong sampah sahaja mahu riak? Bila difikirkan, mahu tergelak pula penulis dengan jalan cerita ini. "Isy kau ini! Buat aku nak terkeluar jantung tahu. Dahlah sindir 'kita', terkejutkan pula." Ami mencebik. "Mana jantungnya yang terkeluar tu? Meh sini, doktor Farra masukkan balik." Farra selamba sahaja mengenakan si diva perahsantan itu. "Baru nak ucap terima kasih sebab kau dan Eyka beri aku hadiah & kad raya semasa raya itu. Dah hilang pula ucapnya." "Hilang? Pergi mana dah pula? Jangan sampai ke Lautan Pasifik. Jauh tu aku nak cari 'ucap' kau yang hilang itu." Farra memang suka berjenaka. Tetapi jenaka sakit hati. "Isy, dahlah kau ini! Let's befriend! I forgave you. You forgave me too, okay! Dah, dah! Menjengkelkan yang amat jenaka kau itu. Terima kasih, sebab beri aku hadiah itu." Ami sudah rasa jengkel dan tidak mahu lagi mendengar jenaka sakit hati Farra itu. "You're welcome, Ami!" Tiba-tiba satu suara datang. Eyka! "Huh. Aku ingat hilang kemana tadi Eyka." Ami tersengih. "Dahlah, tu. Tak perlu nak senyum sangat. Dah macam kerang wangi dah." 

TAMAT :D

Penulis:

BIG THANKS TO Irene Natasha sebab dialah yang menyedapkan cerpen ini :v Sorry lambat post. Dan selamat menyambut lebaran <3



Perhatian
Thursday, 3 July 2014 | 07:24 | 0 talking

                 Hai semua! Emmm mesti tiada sesiapa 'visit' blog ini. Aduh, cakap seorang sahajalah aku sekali lagi. Tidak apalah Farra. Sabo sabo. Okey! Sebenarnya...

Farra akan update post at blog ini dan akan post mengenai satu cerita.. boleh dikategorikan didalam "cerita pendek" itupun kalau wujud. --' Yang akan buat cerita pendek ini adalah..

JENGJENGJENG

Irene Natasha! (Klik nama itu if you guys don't know her/ want to add her fb ke or whatever lol)

Dia yang akan menulis cerita pendek ini. Farra pun taktahu apa tajuknya. Dia pun ada blog. Tapi malas nak buka. Dah berhabuk dah. >>Irene Natasha's Personal Blog<< Tekanlah kalau you guys nak stalk dia ke, ceh :3

Dan, kalau tak jadi, tak tahulah okey. Semuanya terletak di 'tangan' dia lol XD. Okey byebye
Hi?
Saturday, 31 May 2014 | 04:01 | 0 talking
Assalamualaikum semua! Ini post pertama Farra. Ini juga blog pertama Farra. Btw, Farra akan buat Tutobies (Tutorial&Freebies) okay! And, Farra ada juga buka tempahan contohnya untuk BANNER,HEADER,WALLPAPER,etc. Free sahaja! :3 Okeylah, itu sahaja post. Untuk testing.. hehehe... >_<




ADD/FOLLOW: https://www.facebook.com/official.farra?ref=tn_tnmn
FOLLOW:https://twitter.com/OfficialFarra